Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

FELDA Bukit Permai ini terletak di daerah Kulai, lebih kurang 90 KM ke utara bandar Kluang dan termasuk dalam parlimen Senai dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai. FELDA ini merupakan kawasan tanah tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit. Ketika pembukaan FELDA Bukit Permai pada tahun 1961, tanaman asal yang ditanam di rancangan ini ialah getah. Hal ini kerana pada masa tersebut selain RISDA, FELDA turut memainkan peranan yang penting dalam memajukan industri penanaman getah. Hal ini menyebabkan getah telah dipilih menjadi tanaman asal di FELDA Bukit Permai. Rancangan ini dimajukan pada tahun 1961 dan mengandungi satu peringkat pada awalnya dengan kawasan tanaman getah seluas 862.32 hektar. Manakala 127.05 hektar dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Selain menjalankan aktiviti pertanian, para peneroka generasi pertama FELDA Bukit Permai turut menjalankan kegiatan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh kontrak di ladang berdekatan. Secara tidak langsung selaras dengan dasar FELDA untuk mengagihkan faedah rancangan pembangunannya kepada penduduk desa dan dapat membantu mengurangkan hutang mereka dengan FELDA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT – MICROSOFT OFFICE EXCEL

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024

Belajar menggunakan Ms Office Excel....................baca selanjutnya

PROGRAM SOFT SKILLS : WAFFLE CREATIVE

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan ilmu tentang soft skills dalam diri mereka....................baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI @ STEM IOT - POPSICLE FAN

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan ilmu tentang Klik Dengan Bijak dan kebaikkannya serta kelebihan ilmu sains pada era kini...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti