INFORMASI TEMPATAN
Pengenalan
FELDA Bukit Permai ini terletak di daerah Kulai, lebih kurang 90 KM ke utara bandar Kluang dan termasuk dalam parlimen Senai dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai. FELDA ini merupakan kawasan tanah tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit.
Ketika pembukaan FELDA Bukit Permai pada tahun 1961, tanaman asal yang ditanam di rancangan ini ialah getah. Hal ini kerana pada masa tersebut selain RISDA, FELDA turut memainkan peranan yang penting dalam memajukan industri penanaman getah. Hal ini menyebabkan getah telah dipilih menjadi tanaman asal di FELDA Bukit Permai.
Rancangan ini dimajukan pada tahun 1961 dan mengandungi satu peringkat pada awalnya dengan kawasan tanaman getah seluas 862.32 hektar. Manakala 127.05 hektar dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Selain menjalankan aktiviti pertanian, para peneroka generasi pertama FELDA Bukit Permai turut menjalankan kegiatan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh kontrak di ladang berdekatan. Secara tidak langsung selaras dengan dasar FELDA untuk mengagihkan faedah rancangan pembangunannya kepada penduduk desa dan dapat membantu mengurangkan hutang mereka dengan FELDA.
JPKK
Sebagaimana fungsi asas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang lain, JPKK Felda Bukit Permai turut berperanan dalam memastikan kestabilan penduduk dan kemajuan kampung sentiasa terjamin. Pihak JPKK akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perkembangan kampung dan merancang aktiviti-aktiviti kampung. Malah, matlamat JPKK adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung supaya boleh bersaing dengan penduduk bandar dan berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri serta mencuba sesuatu yang baru dan boleh menguntungkan.
Pihak JPKK juga berperanan mengatur program-program kecil yang memberikan banyak faedah kepada penduduk dan kepentingan kampung yang melibatkan semua peringkat umur. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JPKK dengan penduduk kampung adalah kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan kampung unutk menceriakan kampung masing-masing. Sekiranya ada sebarang majlis keramaian, penduduk akan sama-sama menyumbangkan tenaga agar semuanya berjalan dengan lancar.
Belia
Golongan belia Felda Bukit Permai mempunyai pelbagai aktiviti mereka tersendiri. Walaupun ramai di antara belia telah berhijrah ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja namun bagi belia yang masih tinggal di sini mereka aktif dalam aktiviti sukan. Bola sepak merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh belia kampung ini sekiranya ada masa terluang.Persatuan Belia Felda Bukit Permai ini juga ada menganjurkan pertandingan kejohanan bola sepak yang melibatkan penyertaan belia dari kampung sekitar.
Namun yang jelas, belia Felda Bukit Permai lebih gemar bersukan untuk mengisi masa terluang. Selain itu, mereka juga ada mengadakan program menangani masalah gejala sosial di Felda Bukit Permai dan melaksanakan aktiviti riadah dirancangan. Bagi belia yang sudah berhijrah dan menetap di bandar, mereka lebih tertumpu ke bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta bekerja di sektor awam dan swasta.
GPW
Tugas seorang wanita itu sememangnya sinonim dalam hal-hal menguruskan keluarga dan rumah tangga. Namun, golongan wanita di Felda Bukit Permai turut aktif menceburkan diri dengan aktiviti yang memberi banyak kemahiran dan faedah kepada mereka. Oleh itu, kewujudan Persatuan Kumpulan WANITA (Gerakan Persatuan Wanita Felda Bukit Permai) yang berfungsi sebagai badan pengerak kepada aktiviti di Felda Bukit Permai. Selain itu, mereka berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di kalangan warga penerokawati.
Persatuan ini juga turut mengadakan aktiviti keagamaan dan kerohanian seperti majlis bacaan Yasin yang diadakan di masjid. Malah kumpulan wanita ini juga terlibat dengan program-program kampung seperti Majlis Maulidur Rasul yang memerlukan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Persatuan ini juga mengadakan aktiviti bulanan peringkat blok dan rancangan seperti mesyuarat blok dan membantu program yang dianjurkan peringkat Felda Bukit Permai. Mereka juga menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan awam dan blok-blok (kampung).
Laman Utama
Terdapat sebuah laman komuniti disediakan untuk kegunaan penduduk Felda Bukit Permai. Taman ini terletak di dalam kawasan Kg Gajah 2 bersebelahan dengan kolam ikan dibawah jagaan KAF. Ia berfungsi sebagai tempat beriadah dan juga taman permainan kerana terdapat kemudahan permainan seperti buaian, gelongsor, kerusi rehat, trek pejalan kaki dan lain-lain lagi. Taman ini dibina pada akhir tahun 2023.
Homestay
Bagi orang luar yang ada urusan seperti jemputan perkahwinan atau menziarahi sanak saudara dan ingin singgah tidur di Felda Bukit Permai juga boleh menyewa homestay yang terdapat di dalam Felda ini. Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti TV, AirCond, bilik tidur, bilik air, dapur masak, ruang makan, penapis air coway dan sebagainya. Antaranya homestay yang ada ialah:
• Inap Desa M&S – En Mansor (013-7794722)• Homestay Tok Ayah – Hjh Halizah binti Kamsan (019-7157981)
Anda boleh mencuba ABC dan cendol, nasi ayam penyet, satay ayam dan lembu, mee bandung, sup kambing serta pelbagai jenis burger dan kebab yang murah dan berbaloi di Gerai 50 berdekatan dengan tempat parkir lori sawit. Gerai 50 ini sememangnya terkenal di kalangan komuniti Felda Bukit Permai kerana harganya yang berpatutan dan menu yang disediakan juga menarik dan sedap. Gerai 50 beroperasi jam 5 petang hingga habis.
Sejajar dengan hasrat kerajaan ingin memberi keselesaan kepada peneroka, pihak FELDA telah menyediakan beberapa kemudahan asas untuk kemudahan peneroka. Kemudahan asas sebahagiannya disediakan oleh pihak FELDA, dan sebahagiannya disediakan oleh peneroka sendiri. Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, lampu jalan, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah masjid, sekolah, klinik, balai polis, balai raya dan lain-lain yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat.
KesihatanPenduduk Felda Bukit Permai mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Felda Bukit Permai yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Kadar bayaran sama seperti klinik desa lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Klinik Kesihatan Layang-Layang yang terletak lebih kurang 14 km dari Felda Bukit Permai.
Keselamatan Felda Bukit Permai secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.
PolisSegala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Layang-Layang yang merupakan balai polis terdekat dengan kawasan kampung ini. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.
Felda Bukit Permai menyediakan sebuah sekolah rendah untuk kemudahan pendidikan anak-anak dan cucu-cucu peneroka Felda yang tinggal di sini. SK LKTP Bukit Permai dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 140 orang yang menempatkan semua anak dan cucu penduduk felda ini. Sesi persekolahannya bermula jam 7.15 pagi hingga 12.50 tengah hari. Terkini sekolah ini telah menerima anugerah daripada MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) iaituSekolah Anak Angkat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia selain menjadi Anak Angkat kepada PLUS.
Sekolah AgamaSelain daripada Sekolah Rendah, terdapat juga Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Felda Bukit Permai. Sekolah ini menempatkan anak- anak dan cucu-cucu penduduk Felda Bukit Permai. Sekolah Agama terletak di sebelah Bilik JKKK dan berhadapan dengan Tabika KEMAS. Sekolah agama ini mengajar dari Tahun 1 hingga Darjah 6. Terdapat 4 orang guru yang mengajar di sekolah agama itu. Sesi persekolahan dari jam 2.00 petang 6.30 petang. Ini kerana mereka dibahagikan dengan beberapa bahagian kelas. Selain itu, mereka pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikal sendiri atau ibubapa mereka yang hantar dan menunggang basikal atau berjalan kaki bersama-sama kawan.
Tabika KemasFelda Bukit Permai juga ada menyediakan sekolah Tabika Kemas untuk anak-anak berumur 4 hingga 5 tahun. Tabika ini mempunyai dua orang guru berpendidikan SPAK dan seorang pembantu tabika. Sesi persekolahan bermula seawal jam 7:30 pagi dan tamat pada jam 11:30 pagi setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.
Nama : Hanz bin Mohd eksan
Produk Perniagaan : Desain dan Percetakan
Alamat : No 118, Jln Bunga Dahlia, Felda Bukit Permai, 81850, Layang-Layang, Johor
Lokasi Perniagaan : Online / Di rumah
Website : www.eykaprinting.my
Hanz bin Mohd Eksan berusia 43 tahun merupakan salah seorang usahawan separuh masa yang meningkat naik Beliau mengusahakan perniagaan perkhidmatan mendesign pelbagai jenis poster, banner, bunting, kad kahwin serta menyediakan perkhidmatan untuk mencetak baju dan sebagainya. Beliau telah memulakan perniagaan sejak tahun 2022 sehingga kini. Beliau mula mengikuti latihan di PEDi tentang cara mempromosikan secara atas talian melalui FB dan WhatsApp. Beliau juga terpilih untuk menyertai Kursus Pembinaan Laman Web anjuran MYNic dengan kerjasama PEDi Felda Bukit Permai.
Kini, perniagaan beliau makin dikenali di luar Felda Bukit Permai seperti di Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian malah mempunyai pelanggan tetap di Kuala Lumpur. Kebanyakkan pelanggan terdiri daripada jabatan kesihatan, Tabika KEMAS dan sekolah-sekolah.
Tanah yang luas dan subur di kawasan Felda Bukit Permai dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung. Kelapa sawit merupakan tanaman utama di sini. Usaha penduduk dalam aktiviti pertanian dibantu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan memberi bantuan dari segi barangan pertanian dan FELDA untuk memberi khidmat nasihat. Bantuan seperti ini memberi dorongan kepada golongan petani untuk membesarkan lagi perusahaan mereka. Walaupun pertanian yang diusahakan penduduk tidak luas namun hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Bagi penduduk yang menanam sayur-sayuran mereka mempunyai pembeli tetap yang ingin mendapatkan bekalan ubi kayu dan pisang.
Perikanan Dan PenternakanAktiviti penternakan yang dijalankan di Felda Bukit Permai dijalankan secara kecil-kecilan. Namun ia juga boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya. Antara ternakan yang diusahakan oleh segelintir penduduk ialah ternakan ayam, burung puyuh, ikan keli, haruan, lembu dan kambing. Walaupun tidak diusahakan secara komersial, namun dengan adanya ternakan seperti ini, penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging ayam, burung puyuh, ikan keli dan lain-lain yang segar dan dijamin halal untuk kegunaan sendiri tanpa ragu-ragu. Ayam-ayam yang diternak kebanyakannya dilepas dan dibiarkan meragut rumput di kawasan-kawasan sekitar kampung. Walaubagaimanapun, ada juga yang meletakkannya di dalam reban dan di beri makan sendiri oleh penternaknya. Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Jabatan Perikanan untuk mendapatkan benih dan PELADANG untuk mendapatkan bantuan alatan. Oleh itu, ia dapat memudahkan penduduk disini untuk menjalankan perikanan dan penternakan mereka dengan adanya bantuan-bantuan ini.
Perusahaan Dan PerniagaanKomuniti di sini juga sinonim dengan keusahawanan. Antara perusahaan dan perniagaan yang mereka bangunkan ialah penghasilan kerepek, air tebu segar dari ladang, perniagaan makanan kering dan basah, kraftangan dan seni lukis dan sebagainya. Terdapat juga perusahaan jahitan seperti Jarum Nadhi dan Gunting Emas. Kedai-kedai runcit juga dibangunkan oleh belia di Felda Bukit Permai. Selain itu, perniagaan makanan menggunakan food truck juga ada di sini. Sebenarnya, banyak lagi perusahaan dan perniagaan di Felda Bukit Permai yang semakin dikenali tidak kira di dalam Felda mahupun di luar Felda.